Akademi Fantasia 2015 Sharul Kamal

Sharul tersenarai sebagai salah seorang daripada enam belas calon pelajar yang dipilih untuk bersaing pada konsert penentuan bagi merebut tempat ke dalam Akademi Fantasia 2015.[5]

Beliau berjaya menempatkan diri sebagai peserta bersama dengan sebelas saingan lain sekaligus menjadikan dirinya peserta lelaki termuda dan satu-satunya peserta dari Negeri Sembilan pada musim itu.[6] Sharul berjaya melangkah ke peringkat akhir bersama tiga lagi rakan seperjuangannya iaitu Sufi, Syamel serta Bila dan dinobatkan sebagai pemenang tempat keempat AF2015.[7]

Berikut merupakan lagu-lagu tugasan yang dipersembahkan oleh Sharul ketika konsert mingguan Akademi Fantasia 2015 :

KonsertLagu TugasanPenyanyi AsalTema
Minggu 1"Kun Anta"Humood AlkhudherPenentuan
Minggu 2"Lagu Untukmu"Meet Uncle HussainCinta
Minggu 3"Apokalips"Dato' M. Nasir90-an
Minggu 4"Bangkit"Aril PilusBebas
Minggu 5"Awas"KRURunut Bunyi Filem (OST)
"Negatif"
Minggu 6"Patahnya Sayap Malam"MasaRock
Minggu 7"Bukan Cinta Biasa"Dato' Sri Siti NurhalizaIkon
Minggu 8"Bila Tiba"UnguPilihan Media & Penonton
"Like I'm Gonna Lose You" (duet bersama Bila)Meghan TrainorDuet
Minggu 9"Gadis Jolobu"Dato' Hattan & W.A.R.I.SWorld
"Tak Kenal Maka Tak Cinta" (duet bersama Nourul Depp)Roy & FranDuet
Minggu 10 (Minggu Akhir)"Just The Way You Are"Bruno MarsGrand Finale
"Hanya Kamu"Dirinya Sendiri

Rujukan

WikiPedia: Sharul Kamal https://www.budiey.com/kembara-balkan-sharul-kamal... https://www.budiey.com/senarai-pemenang-akademi-fa... https://www.budiey.com/sep-bunga-tersingkir-dari-m... https://www.facebook.com/iamsharulkamal https://gempak.com/berita-terkini/tak-dapat-masuk-... https://iluminasi.com/bm/biodata-penyanyi-dan-pela... https://www.instagram.com/sharulkamal_/ https://ohbulan.com/saingan-sengit-immortal-songs-... https://twitter.com/smugglegreen https://utusantv.com/2021/10/06/dunya-band-baru-sh...